Upcoming Event
Penganjur : Pusat Hak Aasi dan Keselamatan Komuniti Sabah (PUSAT ASASI SABAH) bersama Suruhanraja Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
Pendana : Yayasan Gamuda & SUHAKAM
Objektif Kem: Untuk memperkasakan kepimpinan dan sosialisasi usaha bina keamanan di kalangan anak muda Sabah dari pelbagai latar belakang terutamanya dari luar bandar dan pendalaman Sabah. Kem kepimpinan ini adalah proses membentuk ‘conversation’ dan resolusi pencegahan serta penbanterasan isu isu yang menjadi memori negatif dan membentuk satu ‘firewall’ pencegahan di kalangan anak muda
“Anak muda adalah pemimpin masa depan biar dalam keluarga, komuniti & negara. Kem ini berhasrat untuk mesosialisikan nilai nilai hak asasi manusia, kelestarian, keharmonian dalam kepelbagaian & membincangkan isu isu keganasan dalam masyarakat; dari isu buli, keganasan jantina/rumah-tangga dan extremisma keganasan dan hate crime serta keganasan online & politik”
Intipati Program
- Pemikiran Design & Kebijakan Emosi
- Keamanan Alam Sekitar & Pembangunan Lestari
- Hak Asasi Manusia & Keamanan Sesama Manusia
- Keselamatan Komuniti dan Pencegahan Ekstremisma Keganasan
- Dialog Antara Agama dan Etnik ; Keamanan Dalam Kepelbagaian
- Kebijakan Politik dan Kepimpinan Anak Muda dalam Masyarakat -
- Bengkel Media Social dan Pelancaran Kempen Bayu Sabah
Ini Program Mesra Alam: Semua peserta diminta membawa tuala, sabun mandi, ubat/berus gigi serta bekas air sendiri dan pakaian sesuai untuk cuaca dingin bukit
Untuk Peserta Yang Tidak Mampu Menanggung Kos Perjalanan: Elaun Transport akan diberi setiba di lokasi program. Car Pooling (Kongsi Kereta) digalakan untuk kurangkan kos & karbon.